Cara rebus kerang simple

Yang cari posting ni mesti peminat kerang rebus tegar tapi tukang makan je, tapi tak pernah buat kat rumah.Hihihi... Kita satu geng lah ya.

Kebetulan saya buka FB group nampak posting kerang delivery ke rumah, RM6 sekilo. Murah... Tak kisah la ada gred apa sebab dah lama tak makan kerang. Kerang ada gred A, B,C. Yg gred A tu besar besar la saiz kerangnya.

Bila dah dapat kerang baru terfikir macam mana nak masak, saya pun google dan hasil resepinya menjadi!

TIPS: Pastikan kerang betul betul bersih dan bahan bahannya 'keep it simple'.
Kerang duduk dalam air laut jadi kalau nak letak garam letak sikit je sebab sudah ada rasa masin dari kerang.

Selalunya mak saya akan masukkan serai dan asam keping tetapi dua dua bahan ni memang takde dirumah. Serai yang ditanam pon mati selepas dibiarkan seminggu tak bersiram sebab balik kampung.Sebenarnya, boleh diperasakan dengan macam macam bahan, ikut selera tekak sahaja. Korek korek dapur ada bawang besar, bawang putih, depan rumah ada pokok selasih. Haaa.. Boleh la ni :)

CARA REBUS KERANG SIMPLE
1 kilo kerang dibersihkan
1 labu bawang besar dihiris
1/2 labu bawang putih di belah melintang tanpa buang kulit
1 cekak daun selasih
Secubit garam

1. Letak kerang dalam besen. Belek kerang kerang yang tak elok dan buang.

2. Masukkan air dan bersihkan kerang dari lumpur, buang air dah ulang lagi sekali sampai bersih jernih air basuhan.

3. Tos kan air dan masukkan kerang dalam kuali, masukkan bahan bahan perasa.

4. Nyalakan api dan tutup kuali. Air dari kerang akan membantu rebus dan bila tutup kuali akan mempercepatkan waktu memasak.

5.Anggaran 5-10 minit.Bila kerang kerang dah terbuka, kalau ada lagi yg tak terbuka tu biarkan lagi masak sampai kerang terbuka. tutup api dan boleh hidang makan :)

Ada yang rebus dalam air banyak, ada yang siram sahaja air panas atas kerang yang dibersihkan. Terpulang pada anda nak buat cara mana :)

Saya makan tanpa pencicah, tak sempatlah nak buat. Terus serang kerang! Hihihi.

TIPS MAKAN KERANG: kerang yang tertutup rapat tu buang sahaja sebab dah tak elok, kalau buka juga baunya busuk dan melimpah keluar lumpur pula. Oh! Jangan makan kerang yang ada ketam kecil didalamnya, boleh cirit birit tau.

Selamat menjamu selera!

Comments

Popular Posts