Anak demam, selsema dan berkahak
Good morning semua. Alhamdulillah anak baru je tidur lena. Zara dah demam hari ketiga dan ni demam yang paling teruk anak kena. Sebelum ni hanya panas dan sedikit selesema tetapi kali ini sampai batuk berkahak dan tiada suara. Tengahari tadi dah pergi hospital, doktor dah check dan buat bloodtest Alhamdulillah tiada denggi tetapi tekaknya bengkak.
Tadi pukul dua pagi Zara bangun nak menyusu tapi hidung tersumbat & batuk batuk. Saya kongsi apa yang saya buat sampai Zara dapat beradu lena bak puteri :)
1- Makan aiskrim
Tak bahaya ke bayi 10 bulan makan aiskrim? Saya bagi sedikit aiskrim vanila untuk redakan kepanasan dan radang pada tekak Zara sahaja.
2- Lemon bath
Saya google elok untuk bayi demam. Dalam perjalanan pulang dari hospital sempat singgah beli lemon. Saya hiris2 sebiji lemon dan tuang dalam bath tub dengan air suam suam kuku. Zara suka mandi macam ni ! Seronok tengok dia ceria mandi sesekali main dengan hirisan lemon. Bila tergigit muka dia buat muka kelakar.
3- Garlic Oil
Saya ketuk dan bakar bawang putih dekat dapur, lepas dah sejuk saya campur dengan minyak kelapa dara. Kalau nak campur dengan minyak masak je pun boleh tapi minyak yang baru ye, bukan minyak goreng ikan ha ha ha! Kemudian saya urut garlic oil ini di dada dan tapak kaki Zara. Sambil tu buat baby massage, relax je Zara... Mata kuyu nak tidur.. Lepas tu saya dukung dan urut belakang badan dia, Zara batuk batuk dan muntahkan kahak.Alhamdulillah. Lepas tu Zara terus lena. Saya sapukan lagi garlic oil di tapak kaki Zara dan pakaikan stoking.
Semoga kita sebagai parents ni diberi kekuatan dan kesabaran ketika anak sedang sakit. Anak asyik nak berpeluk je dengan mama, badan dia panas sampai kita pon rasa macam nak demam. Saya memang stop la task task lain dan fokus dekat anak je sebab saya takut macam macam boleh berlaku pada anak tengah demam. Doakan yang terbaik untuk kami ya!
Comments