10 Perkara saya baru tahu lepas bersalin!

10 Perkara saya baru tahu lepas bersalin!

1- Perut, celah peha, celah ketiak dan kadang kala celah leher menjadi hitam. Garis hitam menegak ditengah perut (linea nigra) masih kelihatan dan mengambil masa untuk pudar (berangan la nak tiba2 hilang). Oh my body!

2-Walau lepas bersalin, badan macam mengandung 6bulan! So pakai la baju2 masa pregnant dulu/kain batik.

3-Perut menggelebeh! So kena pakai barut, siksanya pakai barut panjang dari bawah dada sampai bawah punggung! Susah nak duduk, susah nak g tandas, susah nak berjalan, rasa mcm nak lompat pocong je.

4- Berdarah sepanjang masa. Darah Nifas/Lokia berbau busuk dan adakala  berwarna merah, kehitaman, kekuningan. Kena bertungku selalu supaya darah cepat habis keluar & elak darah meroyan. So husband tolong rajinkan diri, panaskan tungku & tungkukan isteri daripada sekadar bertanya "awak sakit ke?"

5- Episiotomi! Doktor akan gunting kat bawah tu so baby senang nak keluar (bagi yang lahir baby secara normal) Doktor akan jahit balik & akan check seluk2 bawah tu selepas jahit, sebelum keluar wad & next appointment( whoaa.. sakit bersalin xhilang lagi, kena jahitan pulak).

6- Jahitan episiotomi kena jaga jangan sampai ada jangkitan kuman & paling teruk jahitan tertanggal.Kalau tertanggal doktor jahit balik tanpa bius! So kena letak ubat kuning ( 500x pedih daripada letak ubat kuning kat luka jatuh basikal) & sentiasa keringkan luka (dengan nifas macam niagara falls, urusan tandas lagi..ingat senang nak keringkan luka)

7-Pain killer? No... Sakit makan paracetamol je.Ye! Panadol tu je.

8- Rahim akan mengecut so terasa macam contraction especially masa breastfeed baby. Kekadang tu kuat sangat sampai rasa cam nak jerit.

9- Bengkak susu, ni bila dah ada susu tapi anak tak menyusu. Azabnya rasa, bawah sakit, perut sakit, atas sakit..

10- Paling fobia... Sembelit & urusan dalam tandas... Arrgghhh...

So family members especially husband, kenalah belajar & sama sama tolong jaga ibu lepas bersalin. They are so fragile at this point.

Dan barang siapa yang tak reti hormat & jaga ibu mereka, lempang je. Besar pengorbanan seorang ibu melahirkan anak. Masya Allah.

Comments

Popular Posts