Friday, January 6, 2017

Potong kuku

Day 11
Panjangnya kuku... Selalu potong kuku 2 kali seminggu sebab kuku cepat panjang, ni da panjang sangat ni, karang tercakar anak.
Dah potong kuku tangan, tapi macamne lak dengan kaki? Tengah pantang berbarut lak tu, memang tak sampai nak potong kuku kaki.Nak mintak tolong mak, mak tak berapa nampak. Nak mintak tolong husband takut terpotong pendek. Biasanya kerja Yus yang potong kuku orang ni, kuku Didi ( anak kucing) pun Yus yang potong.
Korang buat camne?

I need pedicure,
Yus

posted from Bloggeroid

Thursday, December 29, 2016

Titis susu ibu pada mata? Jeles kulit clear?

Pukul 6 petang tadi follow up pergi tengok rumah...Bukan nak beli, belum ada rezeki :) Saja survey rumah sewa, dah ada anak ni terfikir nak cari rumah yang lebih selesa, atau selesakan rumah yang sedia ada...

Balik dari tengok rumah,  Zara tidur lena dalam buai. Tiba tiba je menangis kuat. Lama lama perasan mata kanan Zara bengkak, Ya Allah rasa nak jatuh jantung tengok anak macam ni. Pujuk -pujuk Zara tido balik, tapi bila sedar dari tido je dia akan menangis sekuat kuatnya dengan mata terpejam kuat. Mungkin sakit sangat nak bukak mata...Husband share petua, titikkan susu ibu ke dalam mata anak yang bengkak. Kita buat dan Alhamdulillah lepas dua jam, Zara boleh buka mata dan bengkak pun surut...

Sambil melayan anak sakit, ada yang whatsapp bertanyakan produk skincare mary kay.Semalam saya whatsapp catague Mary Kay kepada client dan konsult masalah kulit dia. Customer ni kawan customer saya, whatsapp saya sebab jeles tengok kulit kawan clear, hahaha...

  Sambil dodoi , pujuk pujuk Zara tido, sambil melayan customer. Alhamdulillah, jadi beauty consultant secara part time ni saya boleh jaga family sambil tolong customer.

Alhamdulillah, Zara dan tido lena dan saya pun dapat close order dengan customer. Sekarang saya boleh submit order online sambil tengok movie dengan husband :)

P/S: Husband dah pre-order breakfast untuk esok, nasi goreng ikan masin....hihi.. Tak pernah masak ni..

Jom movie time,
Yus

Friday, December 2, 2016

Jeragat? Kedut?

Kulit...oooo...kulit...

Orang dulu dulu dah dimamah usia barulah nampak kulit berjeragat, kedut..

Sekarang, mungkin sebab pendedahan sinar UV & cara hidup...Umur belum 3series dah ada jeragat, kulit tona tak sekata!

Untuk kes yang Yus handle ni, jeragat dah lama muncul di kulit dan kesian juga cerita hakak ni. Masalah rumahtangga yamg menyebabkan hakak ni nak pulihkan masalah pada kulit muka, senang cita nak pasang badanlah geram laki ada yang lain...isk..isk..isk.. :(

Jeragat ni bukan boleh hilang serta merta, punca jeragat disebabkan pigmentasi kulit dan dengan rangkaian penjagaan kulit yamg betul dapat memudarkan jeragat dan memperbaiki kecantikan kulit. .

So, Yus suggest pakai Melacep Plus+ Luminious System :) Kita doakan hakak kita ni dapat selesaikan masalah kulit sekaligus masalah rumahtangga ya? Aamiin..

MelaCEP Plus+™ Luminous System yang direka dan diuji untuk kulit Asia mempunyai 5 produk iaitu Ultimate Serum (winning "whitening awards" CLEO 2016), Foaming Cleanser, Freshener, Mask and Ultimate Cream. Semua produk ni direka khas untuk memberi hidrasi dan pencerahan kulit. Produk ni sesuai untuk jenis kulit yang kering, normal, kombinasi atau jenis kulit berminyak dan terbukti kulit menjadi lembut dan tidak merengsakan (irritate).

Kebiasaanya produk pencerahan kulit akan membuatkan kulit menjadi kering tetapi dengan Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System telah direka khusus untuk mengekalkan kelembapan kulit setiap hari tidak kira pagi atau malam dan kulit akan menjadi sihat selepas menggunakan ia.

Kebaikan Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System :
• Meningkatkan kilauan kulit
• Mencerahkan kulit
• Membuatkan tona kulit menjadi sekata
• Membantu meningkatkan, mendapatkan semula dan mengekalkan kejelasan (clarity) kulit
• Meningkatkan penampilan keseluruhan kulit.

MelaCEP Plus+™ Luminous Complex (terdapat dalam semua produk) menggunakan :
Ekstrak edelweiss : Membantu mengurangkan perubahan warna pada kulit.
Ekstrak alga : Membantu mengurangkan kemunculan perubahan warna pada kulit permukaan. Contoh : dark spot.
Amino Acid tumbuh-tumbuhan : meningkatkan kecerahan kulit, meningkatkan keserasian keseluruhan tona kulit dan mengurangkan kontras tompok-tompok hitam pada kulit.

WHATSAPP 01119203782

WHATSAPP 01119203782

WHATSAPP 01119203782

Doa yang terbaik,
Yus

Cara pakai face mask

Yus sangat malas nak buat perkara remeh remeh.Lebih lebih lagi nak guna set penjagaan muka yang leceh, banyak sangat produk. Pakai Mask sangat leceh, nak tunggu kering,muka macam tepung gomak...Tapi lepas pekena Mask ni, pandangan Yus berubah, sebab apa?

-Mask ni berwarna jernih.Tak nampak macam tepung gomak, hahaha...
-Sangat mudah di pakai, lepas cuci muka sapu pada muka ke leher selama 10 MINIT..(ye 10MINIT jaaa..) Kemudian bilas. -Nak lagi best, Yus share ye... Mask ni boleh pakai masa tidur. Yus kekadang balik malam penat sangat, Yus pakai mask tu pastu tido..Esok pagi bangun muka memang rasa best sangat...lembut, tegang, bintik2 halus akibat alahan di
muka pun hilang!
-Pakai 2 kali seminggu je, macam Yus, Yus tetapkan hari Selasa & Jumaat sebagai 'Mask Night!' Hehehe..
-Yus pakai produk Mary Kay dah setahun, dah setahun pakai mask ni, tak habis pon sebotol, memang berbaloi2 beli.

Selain daripada yang di atas, Yus share kat sini faedah & kebaikan Mask ni ya...

Timewise Moisture Renewing Gel Mask!

Faedah dan perakuan :
Wanita yang menggunakan TimeWise® Moisture Renewing Gel Mask sebagai masker tidur
dalam satu kajian pengguna secara mendalam * amat bersetuju bahawa ia bukan sahaja
menambah baik penampilan keseluruhan kulit mereka, malah turut menjanakan faedah
pembaharuan kulit yang berikut:
100% mengatakan ia membantu kulit kelihatan lebih licin
98% mengatakan keanjalan kulit mereka dipertingkatkan
93% mengatakan kulit mereka berasa lebih tegang
90% mengatakan kulit mereka kelihatan lebih muda
87% mengatakan ia membantu mengurangkan garis halus
84% mengatakan kulit mereka dihidratkan serta-merta
*Keputusan yang dilaporkan dalam satu kajian pengguna secara bebas selama dua minggu

Whatsapp 01119203782
Whatsapp 01119203782
Whatsapp 01119203782

Jom pakai face mask,
Yus

Thursday, November 24, 2016

10 Perkara saya baru tahu lepas bersalin!

10 Perkara saya baru tahu lepas bersalin!

1- Perut, celah peha, celah ketiak dan kadang kala celah leher menjadi hitam. Garis hitam menegak ditengah perut (linea nigra) masih kelihatan dan mengambil masa untuk pudar (berangan la nak tiba2 hilang). Oh my body!

2-Walau lepas bersalin, badan macam mengandung 6bulan! So pakai la baju2 masa pregnant dulu/kain batik.

3-Perut menggelebeh! So kena pakai barut, siksanya pakai barut panjang dari bawah dada sampai bawah punggung! Susah nak duduk, susah nak g tandas, susah nak berjalan, rasa mcm nak lompat pocong je.

4- Berdarah sepanjang masa. Darah Nifas/Lokia berbau busuk dan adakala  berwarna merah, kehitaman, kekuningan. Kena bertungku selalu supaya darah cepat habis keluar & elak darah meroyan. So husband tolong rajinkan diri, panaskan tungku & tungkukan isteri daripada sekadar bertanya "awak sakit ke?"

5- Episiotomi! Doktor akan gunting kat bawah tu so baby senang nak keluar (bagi yang lahir baby secara normal) Doktor akan jahit balik & akan check seluk2 bawah tu selepas jahit, sebelum keluar wad & next appointment( whoaa.. sakit bersalin xhilang lagi, kena jahitan pulak).

6- Jahitan episiotomi kena jaga jangan sampai ada jangkitan kuman & paling teruk jahitan tertanggal.Kalau tertanggal doktor jahit balik tanpa bius! So kena letak ubat kuning ( 500x pedih daripada letak ubat kuning kat luka jatuh basikal) & sentiasa keringkan luka (dengan nifas macam niagara falls, urusan tandas lagi..ingat senang nak keringkan luka)

7-Pain killer? No... Sakit makan paracetamol je.Ye! Panadol tu je.

8- Rahim akan mengecut so terasa macam contraction especially masa breastfeed baby. Kekadang tu kuat sangat sampai rasa cam nak jerit.

9- Bengkak susu, ni bila dah ada susu tapi anak tak menyusu. Azabnya rasa, bawah sakit, perut sakit, atas sakit..

10- Paling fobia... Sembelit & urusan dalam tandas... Arrgghhh...

So family members especially husband, kenalah belajar & sama sama tolong jaga ibu lepas bersalin. They are so fragile at this point.

Dan barang siapa yang tak reti hormat & jaga ibu mereka, lempang je. Besar pengorbanan seorang ibu melahirkan anak. Masya Allah.

Wednesday, November 23, 2016

Kelebihan Ayat 128 – 129 Surah At-Taubah

 Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.

– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.

– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.

– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.

– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.

– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Maksud ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Bahasa Inggeris

Surely, a Messenger has come unto you from among yourselves; grievous to him is that you should fall into trouble; he is ardently desirous of your welfare; and to the believers he is compassionate, merciful.

Maksud ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Bahasa Inggeris

But if they turn away, say, ‘Allah is sufficient for me. There is no God but He. In Him do I put my trust, and He is the Lord of the mighty Throne

Jadi kepada semua saudara-saudara ku yang sedang membaca, yang secara tidak sengaja terbaca akan tulisan saya di sini. Mungkin itu pun dengan kehendak Allah SWT juga. Amalkanlah. Tidak akan rugi apa pun malah dengan izinNya mungkin saudara dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang saudara hadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.

Sharing daripada:
https://mystormreaders.wordpress.com/2013/03/12/kelebihan-ayat-128-129-surah-at-taubah-tahukan-saudara-tentang-powernya-ayat-ayat-ini-jika-di-amalkan/

THE WRITER

My photo
Kluang, Johor, Malaysia